Friday, March 13, 2009

KEBENARAN KITAB SUCI INJIL

Seperti yang telah saya gambarkan sejak awal dalam pencarian rohani saya, hakikat pertama yang mengalakkan saya untuk memberi perhatian kepada kebenaran yang terdapat di dalam Kitab Injil adalah satu ayat daripada Surah Al-Maidah 68, yang mengesahkan bahawa Kitab Suci Injil adalah Kitab yang benar untuk semua orang yang menyembah Tuhan dalam kebenaran, mengikut kehendak Allah.
Terdapat banyak lagi ayat di dalam Al-Quran yang sering digunakan oleh orang muslim,seperti saya dahulunya,yang telah disalah terjemahkan sebagai bukti,bahawa Kitab Suci Injil adalah palsu dan telah diubah oleh sesetengah pihak daripada orang jahil.
Selepas saya belajar tentang semua makna yang sebenarnya daripada ayat Al-Quran yang sebenarnya,saya ingin belajar untuk memahami perkataan di dalam Kitab Injil dengan sendirinya.
Saya cuba untuk mempercayai dan menguji bagaimana kebenaran yang terkandung di dalam Al-Quran telah memimpin saya untuk membuat kesimpulan ini:
1.Surah Al-Baqarah 75
“Adakah kamu masih mengharap mereka untuk mempercayai kamu,padahal sesetengah kumpulan daripada mereka yang mendengar perkataan Tuhan,kemudian merubah dan selepas mereka belajar,mereka adalah orang yang bijak.”
Di dalam terjemahan Muslim umumnya istilah “kumpulan mereka” (fariqun minhum) adalah pakar Kristian/Yahudi yang mana kononnya telah mengubah ayat-ayat Tuhan, yang terdapat dalam Taurat dan Injil.
Mengikut penyelidikan saya,makna surah Al-Baqarah 75 ini adalah tidak begitu.Apa yang dimaksudkan “kumpulan mereka” adalah orang Muslim yang daripada Yahudi dan Kristian yang menolak Islam selepas mereka telah belajar pengajaran yang sebenarnya daripada Muhammad.Al-Quran juga telah mendakwa bahawa mereka telah mengubah makna atau terjemahan ayat-ayat Al-Quran bukannya Injil.
Ini boleh difahami dengan ayat yang berbunyi : ” …..Adakah kamu (Muhammad) masih mengharap mereka untuk mempercayai kamu? “kamu” dalam ayat ini jelas menunjukkan Muhammad..Tetapi selepas mereka (Yahudi dan Kristian) telah menerima Muhammad sebagai nabi mereka, mereka telah menolak Islam pula dan dituduh menukar makna perkataan dari Tuhan, “Al-Quran”, “dan mereka juga dituduh adalah orang bodoh, penipu dan jahil.
Ayat Al-Quran ini tidak ditulis bertentangan dengan 'pakar-pakar Kristian atau Yahudi' dan tidak juga mendakwa bahawa mereka ini telah mengubah Injil, tetapi membincangkan tentang ayat-ayat di dalam Al-Quran sendiri.
2.Surah Al-Baqarah 106
“Yang mana ayat bahawa kami ada menghilangkan atau membuatkan orang melupakan mereka,kami akan mengubah mereka dengan lebih baik atau sama taraf antara satu sama lain….”
Dengan “menghilangkan ayat” di dalam Surah Al-Baqarah 106 ini, orang Muslim berpendapat bahawa ayat di dalam Injil dan Taurat.
Tetapi pada sesetengah terjemahan Al-Quran, kamu boleh mencarinya bahawa “menghilangkan ayat” bermakna beberapa ayat Al-Quran, kerana undang-undang mereka dan hukum-hukum mereka sudah dimansuhkan. Buku “Al-Tajuddin Fil Islam” berkata bahawa terdapat "sekurang-kurangnya 5 hingga 50 ayat di dalam Al-Quran telah dimansuhkan.”
Ramai orang berkata bahawa makna “menghilangkan ayat”,adalah kerana kekhuatiran terhadap mukjizat Nabi Muhammad, kerana Muhammad sebagai nabi yang diturunkan wahyu dari Allah, tidak mampu untuk melakukan mukjizat seperti Musa dan Isa, nabi yang datang sebelumnya.Oleh itu ayat surah Al-Baraqah 106 tidak boleh dijadikan bukti untuk menolak kesahihan Injil sebagai Kitab Suci dari Tuhan yang berdasarkan kebenaran untuk setiap insan yang ingin mengikut kehendak Tuhan.
3.Surah Al-Maidah 13
“…….kerana mereka telah melanggar janji mereka,kami mengutuk mereka,dan membuatkan hati mereka keras seperti batu.Mereka seronok menukarkan perkataan Allah daripada tempat mereka dan mereka (bermaksud) untuk melupakan sesetengahnya yang mereka ingat,dan kamu (Muhammad) akan sentiasa melihat pengkhianatan daripada mereka,melainkan beberapa daripada mereka yang tidak menghianati.”
Perkataan “mereka” dalam surah Al-Maidah 13, biasanya mereka menambah “Yahudi/Kristian” dalam tafsiran mereka, dan daripada ayat ini , “mereka seronok mengubah perkataan Allah daripada tempat mereka”, mereka menterjemahkan bahawa kebenaran di dalam Injil dan Taurat yang ditukar dan dihilangkan.
Sebenarnya ayat ini, perkataan dalam surah Al-Baqarah 75,telah diamalkan oleh sesetengah orang Muslim semasa kehidupan Nabi Muhammad, mereka yang benar-benar percaya sejak awal lagi akan agama Yahudi dan Kristian , berbalik kepada Islam dan kemudiannya beralih semula kepada agama mereka sendiri dan menolak Islam.Al-Quran menuduh mereka mengkhianati ayat Al-Quran dengan mengubahnya kepada perkataan mereka.Mereka menolak pengajaran Islam, selepas mereka belajar pengajaran yang sebenarnya daripada Muhammad. Maksud ini boleh dibaca di dalam ayat surah Al- Maidah 13:7-14.
Jelasnya,ayat di dalam surah Al-Maidah 13 juga tidak boleh digunakan sebagai asas untuk menolak kebenaran di dalam Kitab Suci Injil.
PENUTUP
Terdapat banyak lagi ayat di dalam Al-Quran yang sama nadanya seperti di atas; iaitu yang kononnya sama-sama menolak kesahihan dan kewibawaan Kitab Suci Injil.Sesudah mengkaji dan menyelidik secara sungguh-sungguh,saya mengaku bahawa tidak ada satu ayat pun di dalam Al-Quran yang mana tidak menyatakan pernyataan bahawa Injil dan Taurat adalah palsu atau diubah daripada kebenaran yang sebenar.
Akhirnya,saya membuat kesimpulan bahawa apa yang dikatakan di dalam Al-Quran di dalam Surah Al-Maidah 68,Al-Baqarah 62,Al-Sajadah 23,dan lain-lain yang saya tegaskan daripada dahulunya lagi,adalah kenyakinan bahawa Kitab Injil dan Taurat adalah benar-benar untuk setiap orang yang mahu menyembah Tuhan mengikut kehendakNya.

Keaslian Injil 'Isa al-Masih

Apakah Kitab Injil orang Kristian telah diubah!
Orang Muslim bertegas bahawa "Injil yang asli" akan mewasiatkan kedatangan nabi Muhammad. Kitab Injil yang asli tidak akan memanggil Isa Al-Masih "Anak Allah." Al-Quran mengajar bahawa Isa Al-Masih tidak disalibkan manakala dalam Injil penyaliban Isa Al-Masih ialah fokus utama. Oleh kerana perbezaan-perbezaan yang jelas seperti ini, umat Islam percaya bahawa Injil yang Allah telah berikan kepada Isa Al-Masih, telah hilang.
Idea bahawa Kitab Suci orang Kristian telah diubah adalah satu fahaman biasa antara orang Islam dan sedikit sebanyak disebabkan oleh percanggahan antara Al-Quran dan Alkitab. Pakar-pakar agama Islam selalu menunjukkan kepada berbagai terjemahan Alkitab yang ada dan perbezaan yang ada dalam salinan manuskrip-manuskrip Alkitab sebagai bukti tuduhan mereka benar. Mereka sering memetik kenyataan-kenyataan pakar-pakar agama Kristian yang menggunakan kritikan teks sebagai bukti orang Kristian pun mengaku Alkitab mereka tidak asli.
Untuk membincang tuduhan ini, adalah penting untuk kita memahami bagaimana Al-Quran ditulis supaya satu perbandingan yang betul dapat dibuat. Kesemua wahyu yang diterima Muhammad adalah secara lisan. Pengikut-pengikut Muhammad menulis mesejnya atas apa-apa benda yang ada. Pengumpulan semua benda bertulis ini menjadi perlu apabila Muhammad meninggal dunia pada TM 632. Tradisi mengatakan bahawa Umar ibn-al-Khattab, yang kemudiannya menjadi Khalif pada TM 634, telah pergi berjumpa Abu Bakar dan mencadangkan supaya wahyu-wahyu tertulis itu dikumpulkan. Abu Bakar melantik Zayd ibn-Tabit untuk melakukan tugas itu. Zayd mengumpul bahagian-bahagian Al-Quran dari keping-keping papirus, batu leper, dahan-dahan pohon palma, tulang bahu dan rusuk binatang, kepingan kulit, kepingan kayu dan hati manusia. Setelah kematian Abu Bakar, koleksi ini diberi kepada Umar yang memberinya kepada anak perempuannya Hafsa. Dalam tahun 650, Khalif Uthman melantik Zayd dan 3 orang Mekah untuk membuat satu lagi koleksi Al-Quran menggunakan bahan-bahan yang dimiliki Hafsa. Koleksi baru ini lengkap dan salinan yang sah telah dihantar ke semua pusat-pusat empayar Islam. Arahan diberi supaya semua teks lain dimusnahkan. Al-Quran yang dibaca hari ini oleh orang Muslim sedunia ialah teks Uthman yang sah.
Orang Muslim amnya tidak sedar adanya salinan-salinan lain teks Al-Quran pada mulanya. Mereka cepat mengkritik orang Kristian tentang salinan-salinan teks yang berlainan dan ada masanya berbeza. Hakikatnya, ialah dalam penyampaian Al-Quran dan Alkitab, jumlah kesalahan teks merupakan satu perkara kecil dan tidak mengubah akidah-akidah utama mana-mana kitab.
Orang kristian boleh yakin bahawa Alkitab telah disampaikan dengan tepat dan betul. Contohnya, penemuan Skrol-skrol Laut Mati mengesahkan keaslian buku Yesaya dalam Perjanjian Lama. Skrol Yesaya dari 125 Sebelum Masehi membuktikan ketepatan teks Masoretik yang bertarikh kira-kira 916 Selepas Masehi. Skrol dalam bahasa Ibrani ini sedang dipamerkan sekarang di Yerusalem.
Pakar-pakar Alkitab berkata bahawa skrol Yesaya itu adalah sebanyak 95% persamaan, kata demi kata dengan Alkitab Ibrani hari ini. Perbezaan 5% itu termasuklah kesilapan penulisan, pencatitan dan perbezaan dalam ejaan.
Tahap ketepatan yang sama juga diamalkan dalam penyalinan manuskrip-manuskrip Perjanjian Baru. Tidak ada manuskrip kuno yang telah dipelihara dengan begitu baik, seperti mana yang dibuat dengan Alkitab. Kerana adanya lebih 1400 manuskrip Injil dalam bahasa Yunani, salinan-salinan serta petikan-petikan dari bapa-bapa gereja, keaslian teks Alkitab dapat disahkan. Walaupun ada perbezaan-perbezaan kecil dari segi ejaan dan terjemahan, lebih 90% daripada manuskrip-manuskrip Perjanjian Baru adalah sama. Perbezaan yang kecil ini tidak mengubah akidah Kristian yang utama.
Adalah jelas masalah perbezaan dalam teks dalam Al-Quran tidak ada kerana semua teks yang lain telah dimusnahkan! Orang kristian, sebaliknya, telah memelihara semua teks yang ada (termasuklah yang mempunyai sedikit perbezaan) kerana mereka pasti bahawa mesej yang telah diilhamkan Allah tidak boleh diubah melalui kesilapan huruf atau ejaan. Juga kita harus ingat bahawa Injil yang benar bukan hanya yang tertulis, tetapi yang hidup, iaitu Isa Al-Masih sendiri! Injil adalah satu kesaksian kepada Isa Al-Masih.
Masalah sebenar dalam tuduhan ini ialah tentang tafsiran Kitab yang ada. Apabila seorang Muslim berkata, "Injil anda telah diubah!", adalah baik dia diingatkan kenyataan ini yang tertulis dalam surah Haamiim As-Sajdah 41:43,
Apa-apa yang dikatakan orang kepada engkau (ya Muhammad) tidak lain, hanya (seperti) apa-apa yang telah dikatakan orang kepada rasul-rasul sebelum engkau.
Menurut Al-Quran, Muhammad tidak membawa satu wahyu baru. Dia hanya seorang yang memberi amaran dan peringatan tentang semua yang Allah sudah nyatakan dalam Taurat dan Injil. Ini disahkan dalam surah Ali ‘Imran 3:3,
Dia menurunkan Kitab (Quran) kepada engkau (ya Muhammad) dengan sebenarnya serta membenarkan (Kitab) yang sebelumnya, dan Dia menurunkan Taurat dan Injil.
Idea yang salah bahawa Alkitab telah diubah mungkin telah menjadi satu fahaman popular Muslim kerana salah faham teknik "penggantian" (an-nasikh wa-l-mansukh) yang dipakai Muhammad untuk menggantikan satu petikan dalam Al-Quran. Hal ini dinyatakan dalam surah An-Nahl 16:101,
Apabila Kami tukar ayat (keterangan, mukjizat) pada tempat ayat yang lain, sedang Allah lebih mengetahui apa yang diturunkanNya, mereka berkata: Hanya engkau (ya Muhammad) orang mengada-adakan (dusta). Tetapi kebanyakan mereka tida mengetahui.
Ini seterusnya dijelaskan dalam surah Al-Baqarah 2:106,
Apa-apa ayat (mukjizat) yang Kami ubah atau Kami lupakan (kepadamu), Kami datangkan (gantinya) dengan yang lebih baik dari padanya atau yang seumpamanya. Tidakkah engkau tahu, bahawa Allah Mahakuasa atas tiap-tiap satu?
Pentafsir-pentafsir Muslim membenarkan penggantian ini atas dasar "pewahyuan progresif" dan telah menggubal satu sistem mentarikhkan ayat-ayat Al-Quran untuk menentukan yang mana diwahyukan terlebih dahulu. Kerana itu kata-kata Mekah dan Madinah diselitkan pada setiap surah dan juga kepada sesetengah ayat.
Ada tuduhan-tuduhan dalam Al-Quran bahawa orang Yahudi dan Kristian telah menggubah atau menyembunyikan maksud Kitab mereka. Walau bagaimanapun, tidak ada ayat yang menyatakan teks Kitab suci mereka telah diubah. Allah setia kepada FirmanNya dan Dia telah berjaya melindungi FirmanNya dari apa-apa kesalahan. Ini disahkan oleh Yusuf Ali apabila dia berkata,
Adalah elok jika umat Muslim menghormati Alkitab hari ini (Perjanjian Baru dan Lama), walaupun mereka menolak syahadat-syahadat serta pendirian tersendiri dan unik yang diajar oleh orang Kristian dan Yahudi ortodoks.
Saling hormat-menghormati akan Kitab-kitab Suci masing-masing adalah sangat penting dalam dialog yang sihat ketika mempelajari mana-mana kitab suci masing-masing. Seorang Kristian boleh menerima Al-Quran dengan serius sebagai Kitab yang menggalakkan kepercayaan orang Muslim. Dengan cara yang sama, orang Muslim patut menghormati Kitab Bible orang Kristian. Kedua-dua pihak mesti setuju bahawa kitab-kitab ini telah diterima tanpa apa-apa perubahan atau kesalahan besar ketika diserahkan kepada generasi-generasi seterusnya. Ini tidak mengikat seseorang untuk mempercayai isi kandungan Kitab itu sehingga dia sendiri telah mempelajarinya. Saya percaya seorang Kristian boleh yakin bahawa Alkitab akan memberi kesaksian yang jelas kepada wahyu Allah yang telah disampaikan melalui Isa Al-Masih. Sudahkah anda membaca Alkitab dan melihat kesaksian ini?

Bilakah Kononnya Berlaku Pemindaan Kitab Suci Injil ?

Pengakuan Tokoh-tokoh Islam dan Kesaksian Sejarah
Tuduhan bahawa teks firman Tuhan telah sengaja diubahkan dinamakan "Tahrif-i-lafzi". Ramai orang Muslim terikut-ikut hujah polemis Islam Zaman Pertengahan ini, yang sebenarnya tanpa apa-apa dasar yang kuat dan tanpa apa-apa bukti-bukti yang kukuh. Tahukah anda bahawa terdapat tokoh-tokoh dan pemikir Islam yang sudah mengkaji dan berfikir dakwaan ini semasak-masaknya? Tokoh-tokoh ini mengakui bahawa dakwaan keatas umat Yahudi maupun Kristian ini tidak dapat dibuktikan dengan muktamadnya! Misalnya Tuan Sayyid Ahmad Khan, Pengasas Kolej Aligarh, Pakistan, telah tulis bahawa:
"Pada pendapat kami para Muslim, tidak ada apa-apa bukti bahawa korupsi teks Kitab-kitab Suci ('tahrif-i-lafzi') telah berlaku."
Tuan Sayyid ini telah memetik daripada dua tokoh Islam sebagai mendukung pernyataan beliau ini : Imam Bukhari dan juga Fakharuddin Razi .
Fakharuddin Razi mengutip daripada Ibni Abbas, seorang anak saudara Nabi Muhammad, bahawa:
"Umat Yahudi dan umat Kristian awal disyaki mengubah teks Taurat dan Injil. Tetapi menurut pendapat tokoh-tokoh dan ulamak Islam perbuatan ini adalah tidak mungkin, Kerana Kitab-kitab itu sudah pun dikenali ramai dimuka umum dan juga sudah tersebar amat luas. Juga mereka telah diwarisi oleh satu generasi ke generasi yang berikutnya."
Kesaksian ini benar. Dan juga terdapat bukti-bukti kukuh yang menyokong penyataan ini. Kami minta para pembaca untuk memberi cukup masa berfikir dan merenunginya semasak-masaknya. Jika seekor ibu ayam yang sudah bertelur dengan cepatnya meninggalkan telur-telurnya, tidak mungkinlah telur-telur itu akan menetas. Dalam cara yang sama, minda yang tidak mahu meneliti kesemua fakta-fakta dan bukti semasak-masaknya, tidak akan mencapai hakikat yang sebenarnya.
Kita bermula dengan meneliti petikan-petikan dari tokoh-tokoh Islam.
Pengakuan Tokoh-tokoh dan Ulamak Islam
Muhammad Abduh (Mesir 1849-1905) mengakui bahawa:
"Tuduhan korupsi/pemindaan teks Kitab Injil sesungguhnya tidak berasas sekali. Adalah MUSTAHIL bagi umat Yahudi dan Kristian di merata tempat berkomplot dan bersubahat meminda dan mengubahsuai teks Kitab-kitab Suci mereka. Walau pun andainya mereka di tanah Arab telah melakukannya, perbedaan diantara kitab-kitab mereka dan kitab-kitab umat Nasrani Kristian di tempat lain-misalnya di Eropah dan di Syam akan berbeda secara begitu jelas ketara."
Muhammad Abduh adalah seorang tokoh ilmu tauhid yang telah mengajar di Universiti Al-Azhar di Kaherah, Mesir.
Maulawi Muhammad Said (Pakistan) telah berkata:
"Ada orang Muslim yang berhemat bahawa Kitab Injil telah di dipinda dan diubahsuai. Tetapi sebaliknya TIDAK SATU AYAT AL-QURAN PUN yang menyatakan Kitab Injil atau Taurat telah dikorupsikan. Ada ayat-ayat yang mengatakan yang orang Yahudi telah menukar maksud dan makna sesuatu ayat semasa memberi keterangan mereka -tetapi BUKAN umat Kristian yang telah buat korupsi begitu! Jadi, umat Kristian adalah tidak bersalah dari tuduhan ini! Kesimpulannya, teks Injil dan Taurat tidaklah diubahsaui."
Sayyid Ahmad Husayn Shawkat Mirthi:
"Umat Islam telah diperdayakan oleh khabar angin yang menonjolkan kononnya Kitab Injil telah diubahkan/korupkan. Tetapi mereka tidak dapat membuktikan mana-mana ayat yang telah diubah, bila waktunya, dan siapakah yang melakukannya.
Adakah umat di muka bumi ini yang begitu terkutuk sehingga mereka mampu menghapuskan Kitab Allah mereka dengan tangan mereka sendiri..?? Dakwaan bahawa Tuhan telah memansuhkan Kitab Injil dan Taurat serta mengembalikan kedua-duanya ke syurga adalah satu tindakan mendustai dan mengingkari Allah."
Sesungguhnya terdapat ramai tokoh-tokoh dan pemikir-pemikir Islam agung lain yang telah menerima dan mengakui kesahihan teks Injil dan Perjanjian Baru. Untuk menghuraikan nama-nama mereka disini adalah sesuai bagi karangan ini. Kesaksian mereka membuktikan bahawa dialog di antara para Muslim dan Kristian tidak usah dibelenggui oleh tuduhan yang telah dipelopori oleh Ibn-Khazem -seorang polemis Islam dari zaman pertengahan.
Dua ahli sejarah Islam yang agung, Al-Mas'udi (meninggal 956 T.M.) dan Ibn-Khaldun (meninggal 1406 T.M.) telah memegang kepada kesahihan teks Al-Injil.
Empat orang ahli ulamak yang terkenal pun telah menyetujui hakikat ini: Ali at-Tabari (meninggal 855 T.M.), Qasim al-Khasani (meninggal 860 T.M.), 'Amr al-Ghakhiz (869 T.M.) dan tokoh yang terutama, imam Al-Ghazzali (1111 T.M.).
Pandangan ini pula disokong oleh Abu Ali Husain Ibn Sina, lebih dikenali di Barat sebagai 'Avicenna' (m. 1037 T.M.).
Al-Bukhari (m.870 T.M.) yang terkenal kerana mengumpulkan hadith-hadith yang terawal, telah memetik daripada Al-Qur'an sendiri (Surah Ali-Imran 3 ay.72,78) bagi membuktikan bahawa teks Al-Kitab Al-Mukaddis, yakni Kitab Injil, tidak pernah dipalsukan.
Akhir kata, seorang tokoh Muslim terkemuka di zaman moden, Muhammad Abduh, Sayyid Ahmad Khan, seorang 'ulamak Islam moden' yang telah menerajui pembaharuan sosial pada era moden ini, telah menerima keputusan-keputusan sains moden. Beliau telah berkata:
"Bersabit dengan teks Al-Kitab (Bible), ia tidak mengalami apa-apa perubahan. Juga tiada sesiapa yang dapat mengemukakan sesuatu teks (alternatif) yang berbeza sebagai teks yang sahih".
Bersyukurlah kepada Tuhan kerana kesaksian yang jujur tokoh-tokoh ini!
Jadi, bilakah konon berlakunya pemindaan Kitab Suci Injil ?
Untuk mencari jawaban yang munasabah bagi soalan ini, Umat Kristian berhak bertanya beberapa soalan sampingan penting yang berkaitan dan bersabit dengan perkara pokok itu. Yaitu :
1] Jika kononnya Al-Kitab mereka pernah diubah, bilakah, dimanakah DAN bagaimanakah berlakunya perkara ini ?
2] Jikalau Isa Al-Masih sudah mengambil Kitab Suci Injil baginda kembali bersama baginda ke Syurga, kononnya, apakah tujuan ketanzilannya sebelum itu ?
3] Kenapakah umat Manusia terabai tanpa apa-apa bimbingan sehingga munculnya Muhammad, dengan kononnya 'kehilangan Kitab Suci Injil' itu ?
4] Al-Quran sendiri telah mengakui bahawa Hazrat Isa Al-Masih "telah belajar Taurat dan Injilnya" menurut Surah 5 ayat 11. Dari pengakuan ini, serta nas-nas al-Quran yang lain menunjukkan bahawa kedua-dua Kitab Taurat dan Injil bukan saja wujud dalam zaman nabi Muhammad, malah telah dibacakan dan diimani umat Kristian sebelum zaman beliau. Jadi, jika terdapat apa-apa perubahan dalam kitab-kitab tersebut, ia harus berlaku selepas pemergian nabi Muhammad.
5] Apakah Allah itu tidak berkuasa ke atas firman-Nya? Kenapa dibenarkan ciptaan-Nya sehingga dapat meminda dan bertukar-tukar firman Tuhan yang digelar "Maha Kuasa" itu !? Sudah jelas dengan hujah tersebut, ciptaan Tuhan itu (Manusia) memiliki lebih kuasa dan berupaya untuk menidakkan dan mengubahkan kata-kata Tuhan-Penciptanya!
6] Apa pula dengan nas al-Quran yang tuntut bahwa 'Tiadalah yang mengubah kalimat-Nya' Surah 6/115, atau 'Tiada bertukar-tukar kalimat (firman) Allah..' - surah 10/64 dan 'Kami (Tuhan) memeliharanya (firmanNya) (dari segala pemindaan).' - surah 15/9. Jelaslah hujah teori 'pemindaan kepada teks Injil sebagai firman Allah' itu bercanggah dan bertentangan secara terus-terang dengan nas al-Quran.
Walau bagaimanapun, penelitian yang ringkas keatas sejarah kitab-kitab tersebut akan dengan jelas menunjukkan bahawa Kitab Suci umat-umat Yahudi dan Kristian sezaman dengan nabi Islam Muhammad ADALAH SAMA DENGAN KITAB-KITAB SUCI YANG MEREKA TELAH MILIKI SEBELUM kemunculan Nabi Muhammad.
Pengkajian menurut sumber-sumber sejarah seterusnya akan dengan jelas membuktikan kesahihan Kitab Al-Mukaddis yakni Kitab Suci Injil, yang terpelihara daripada macam-macam 'korupsi' pemindaan dan lain-lain tuduhan melulu.
Pada tahun 90 TM, lebih daripada lima ratus tahun sebelum kemunculan al-Quran, alim-ulamak Umat Yahudi telah bersidang di Sinod (Majlis) Jamnia. Di sini mereka telah mengesahkan dan menegakkan Kitab-kitab Taurat, Zabur dan Nabi-nabi sebagai sah dan berwibawa, tidak tecela oleh pemindaan atau perubahan manusia. Sudah terbuktilah pada abad itu bahawa Kitab Taurat tidak mengalami apa-apa perubahan dan ini disokong dengan perjumpaan Skrol-skrol (masahif) Laut Mati pada tahun 1947 dan telah dikajiselidik dengan mendalam serta cukup panjang dan lebar.
Umat Samarii (Samaritans) yang telah wujud di tanah Palestin dan Jordan berkurun-kurun sehingga ke hari ini, hanya mengakui Taurat sebagai Kitab berwibawa dan sah mereka. Mereka tidak menerima apa-apa Kitab yang ditulis selepas tahun 722 SM, yakni tahun kejatuhan Kota Samaria. Ini berarti Kitab Pentateuch yaitu Taurat yang ada pada kita hari ini sudah pun wujud pada kurun itu. Sinod Jamnia telah menolak segala masahif Kitabiah yang ditulis selepas tahun 400 SM. - Ini bererti segala-gala Kitab-kitab, buku-buku dan tulisan dalam Perjanjian Lama (Old Testament) Al-Kitab sudah wujud DAN diperakui DAN disahkan Umat Yahudi pada 90 TM.
Tidak ada bukti menunjukkan mana-mana kelompok Yahudi sehingga ke era Kristian yang mempersoalkan kesahihan Perjanjian Lama dalam Al-Kitab. Sebaliknya, Hazrat Isa al-Masih sendiri mendukung kesahihan Perjanjian Lama dalam kata-kata baginda seperti berikut:
"Lalu Hazrat Isa menerangkan kepada mereka apa yang tertulis tentang-Nya daripada Kitab-kitab Musa dan para Nabi dalam Kitab Suci."
Kemudian, Dia berkata kepada mereka, 'Inilah perkara-perkara yang telah Aku katakan kepadamu semasa Aku masih bersama-sama denganmu dahulu: Segala perkara yang tertulis tentang Aku dalam Taurat Musa, Kitab-kitab Nabi dan Mazmur (Zabur) pasti akan berlaku.'"
Lukas 24 : 27 & 44
Tidak dapat apa-apa dalil langsung yang menunjukkan mana-mana kumpulan Yahudi di Palestin pada zaman Kristian-yakni pada zaman Almasih, telah mencurigai dan mencabar kewibawaan Taurat (yaitu Perjanjian Lama); bandingkan dengan kata-kata Isa sendiri di atas. Hakikatnya ialah : Injil bersaksi bahawa ia adalah kemakbulan segala-gala nubuat-nubuat dan pembayang yang wujud di dalam Taurat (Perjanjian Lama), ini pula menunjukkan bahawa kewibawaan Taurat sudah pun diterima dan diakui ramai dengan ketaranya di kalangan umat Yahudi, pada abad pertama Tahun Masehi. Jika ada apa-apa pencerobohan kepada kesahihan Kitab Taurat di zaman itu, sudah tentu umat Kristian akan mendedahkannya sebagai penyelewengan, dan juga benar jika sebaliknya.
Bersabit dengan Injil (yakni Perjanjian Baru dalam Alkitab) pula, tidak ada bukti-bukti yang kukuh atau meyakinkan yang dapat menunjukkan apa-apa pemindaan atau perubahan yang telah dibuat keatas Kitab Injil oleh siapa, di mana, bila ia telah diubah, dan bagaimana perubahan-perubahan tersebut telah berlaku. Satu lagi hakikat yang amat menarik juga ialah kumpulan pembidaah Arian sendiri tidak pernah membuat bantahan atau tuduhan-tuduhan itu. Walaupun mereka boleh buat tuduhan tersebut baik pada persidangan Majlis Nicea pada TM 325 atau pun di persidangan Majlis Chalcedon pada TM 451! Tetapi mereka tidak pernah buat begitu !
Mushaf Kitab Suci Injil yang tertua hari ini adalah koleksi papyrus yang mengandungi Injil Yohanes 18, berasal daripada Mesir. Kini mushaf itu disimpan di Perpustakaan John Rylands, Manchester University. Koleksi ini bertarikh dari tahun 135 Tahun Masehi. Kesemua dua-puluh tujuh Buku yang dikenali sebagai Perjanjian Baru hari ini, sudah pun lengkap dan termaktub sebagai satu Kitab sebelum akhir abad kedua Tahun Masehi.
Ada tiga hakikat penting yang harus diambil-kira oleh sesiapa yang mengkaji sejarah Mushaf-mushaf Kitab Suci Injil :
1) Ramai daripada generasi terawal umat Kristian-para hawarii dan pengikut-pengikut pertama Hazrat Isa, masih HIDUP pada permulaan Abad Masehi yang kedua, dan juga sudah tentu, anak-anak mereka. Mereka semua ini adalah saksi-saksi hidup kepada pengajaran dan kehidupan Isa Almasih. Jika terdapat apa-apa penyelewengan dalam rekod ajaran, kehidupan dan peristiwa-peristiwa yang menyusul bersama-sama Isa Almasih itu, sudah tentu bantahan-bantahan akan ditimbul oleh saksi-saksi hidup ini!
2) Kitab-kitab ini, termasuk salinan-salinan mereka, sudah pun tersebar luas di sekitar jajahan-jajahan disekeliling Laut Mediterranean. Jika terdapat apa-apa penyelewengan pada kandungan Kitab Suci Injil itu, sudah pasti mereka akan dapat dikesan dan diketahui oleh umat-umat dan pengikut Kristian di kawasan-kawasan yang lain. Dan ia akan dicabar untuk ditentukan kesahihannya secukup-cukupnya.
3) Jikalau umat Kristian yang terawal telah membidaah ajaran Hazrat 'Isa yang asli, dan menyebarkan penyelewengan mereka pula, mereka akan terpaksa merahasiakan ajaran 'Isa yang asal itu. Untuk mencapai perahsiaan begini, sekurang-kurangnya mereka memerlukan persubahatan daripada kuasa penjajah di zaman itu! Sebaliknya, umat Kristian pada abad pertama sampai ke abad ketiga, tidak pernah menerima pertolongan apa-apa dari kuasa Roma di zaman mereka, tetapi sebaliknya, mereka telah dianiaya dan ditindas sekeras-kerasnya di bawah Empayar Rum. Bukan saja umat Kristian tidak menerima apa-apa pertolongan atau 'persubahatan' dari kerajaan Rum, ajaran Injil umat Kristian begitu bercanggah dengan agama Roma dengan berhala-berhala dan penyembahan maharaja mereka. Sesungguhnya catatan sejarah melalui Gabenor Pliny, seorang Gabenor Roma di jajahan Bythinia (kini Turki moden), mencatatkan pada 112 Tahun Masehi, bahawa umat Kristian telah mengakui ketuhanan 'Isa Almasih dari permulaan umat Kristian lagi. Ini secocok dan serasi dengan lunas-lunas Injil yang terawal. Sudah jelas bahawa Kitab Suci Injil sudah pun dikenali luas dan diketahui ajaran-ajarannya pada akhir abad yang pertama Tahun Masehi.
Jadi, tidak bergunalah bagi segelintir pentafsir-pentafsir Islam untuk mengutuk dan membawa macam-macam tuduhan dan tohmahan keatas Kitab Suci Injil dan kesahihannya. Sudah jelas bahawa kesaksian sejarah dan kebenaran tidak memihak dengan mereka. Tokoh-tokoh Islam lain yang lebih berhemat dan memiliki lebih hikmat daripada segelintir pendakwah dan 'misionari' ini, pun tidak bersetuju dengan pendapat-pendapat serong lagi sempit mereka. Nama beberapa tokoh-tokoh Islam tersebut ada dihurai di permulaan rencana ini. Sudah jelas bahawa tuduhan-tuduhan pendakwah dan misionari itu adalah tidak berasas, lagi tidak munasabah dan juga amat buta sejarah.

Al-Kitab atau Al-Quran

Mukadimah

Kedua-dua Kitab Suci Injil dan Quran memperkatakan tentang umat-umat, tempat-tempat dan peristiwa-peristiwa yang tertentu, jadi sudah tentulah pengsahihan serta sokongan dari segi kebenaran sejarahnya bagi segala rujukan-rujukan diatas amatlah mustahak dan penting bagi mempastikan kewibawaan sejarahnya. Jikalau kesahihan fakta-fakta mereka tidak dapat dibuktikan secara memuaskan, misalnya Siapa yang telah melakukan sesuatu, pada satu masa yang tertentu di sesuatu tempat itu, apakah Kitab itu boleh dijadikan satu Panduan dan bahan rujukan bagi akidah dan kehidupan kita, yang merupakan satu perkara yang jauh lebih penting?
Konsep pengesahan dan sokongan sejarah ini lebih disenangi oleh cara fikiran al'a Barat daripada cara fikiran para Muslim. Oleh kerana para Muslim lebih cenderung kepada mengkagumi keindahan bahasa Kitab mereka serta kemuliaan ajarannya; dan seringkali mencurigai dan mengesyak analisa-analisa yang dibuat keatasnya oleh ahli-ahli sejarawan.
Perkara-perkara Pokok yang Harus Dipertimbangkan Terlebih Dahulu
Sebelumnya kita bermula mempersoalkan tentang Kitab yang mana lebih berwibawa dalam konteks nilai sejarah, kita seharusnya meneliti ciri-ciri khusus Kitab-kitab tersebut masing-masing, kerana Injil(al-Kitab) dan al-Quran tidak sama dari segi ciri-ciri gaya, bentuk dan kandungan masing-masing.
Al-Kitab umat Nasrani adalah lebih kurang empat kali lebih panjang berbanding dengan Al-Quran, justru itu tidak hairanlah al-Kitab mengandungi jauh lebih banyak pembutiran bersejarah daripada al-Quran. Lebih-lebih lagi perspektif (sudut pandangan) al-Kitab mengandungi lebih banyak unsur-unsur sejarah daripada yang terdapat di dalam al-Quran. Rekod-rekod peristiwa-peristiwa yang dicatit di dalam al-Kitab disertai dengan keterangan yang menjelaskan bagaimana peristiwa-peristiwa tersebut berhubung-kait dengan penglibatan Tuhan di dalam hal-ehwal Manusia,oleh kerana itu pembaca-pembacanya dapat mengambil iktibar daripada peristiwa-peristiwa itu dan juga pengajaran daripada kesilapan-kesilapan watak-wataknya. Sebaliknya al-Quran mengandungi lebih banyak bahan-bahan berunsur perundangan dan keputusan hukum-hukum fikahnya berbanding dengan al-Kitab. Perbezaan dari segi isi-kandungan yang ketara ini ialah satu sebab mengapa al-Kitab senang dikaji dengan jauh lebih teliti kerana ia mempunyai lebih banyak butiran sejarah yang boleh diuji dan dikaji-banding dengan sumber-sumber sejarah yang lain.
Pertalian di antara kedua-dua Kitab Suci ini dari segi jangka masa juga membawa pengaruh yang penting keatas diskusi ini.Al-Kitab Bible datang lebih awal daripada kemunculan Al-Quran, justru itu Al-Kitab tidak mempunyai apa-apa tali pergantungan kepada Al-Quran. Al-Quran pula muncul dalam situasi dimana Nabi Muhammad telah banyak mendapat peluang mempelajari isi kandungan dan sejarah Al-Kitab dari umat Yahudi dan Nasrani Kristian yang telah ditemuinya. Lebih-lebih lagi, Quran menyatakan ianya telah diturun sebagai satu pengesahan 'wahyu-wahyu sebelumnya' justru itu ia menyetujui dengan rekod-rekod sejarah Al-Kitab. Jadi,dari sudut ahli sejarawan, tidak ada peningkatan kepada kewibawaan (autoriti) Al-Quran kalau ia miliki rekod-rekod sejarah rapi yang sudah pun disebut didalam rekod-rekod Al-Kitab. Nilai sejarahnya hanya boleh dihargai pabila ia mengandungi catitan-catitan sejarah yang rapi yang tidak terkandung di dalam Al-Kitab, di sinilah al-Quran dapat dikaji dan dianalisa dengan sendirinya, secara objektif dan tepat.
Apakah Sejarah?
Kita senangi satu tafsiran Sejarah dimana segala-gala rekodnya adalah tepat dan kita hanya kena pergi mengutip semua rekod-rekod yang berkenaan itu. Itulah tafsirannya yang terunggul dan sempurna, dimana pendapat dan hemat kita setujui sepenuhnya dengan peristiwa-peristiwa yang telah berlaku. Tetapi sebenarnya ini jauh sekali daripada hakikat yang sebenar, kerana usaha untuk memperolehi rekod-rekod yang tepat seringkali menghadapi halangan-halangan yang tertentu.
Maklumat yang kurang tepat hanya dapat memenghasilkan pemahaman yang tidak sempurna. Sumber-sumber maklumat kita mungkin dicacati oleh salah-tafsiran, terpesong atau telah dicemari oleh prasangka-prasangka yang tidak tepat. Prasangka-prasangka inilah yang kerapkali (walaupun secara tidak langsung) mempengaruhi tafsiran-tafsiran kita yang dikenakan keatas sumber-sumber maklumat itu. Prasangka kita lazimnya menentukan kesimpulan-kesimpulan kita adalah satu hakikat yang utama dalam hal-hal keagamaan. Adalah sesuatu yang tidak disenangi bagi kita bila terjumpa dengan perkara yang bertentangan dengan dasar-dasar akidah kita. Walaupun begitu, kita seharusnya menerima dengan hati dan fikiran yang terbuka, hakikat bahawa salah satu daripada Kitab-kitab Suci yang kita miliki itu mempunyai landasan sejarah yang tidak begitu kukuh.
Kaedah-kaedah Pengesahan secara Sejarah
Ada tiga jenis sumber sejarah yang dapat dikategorikan. Yang pertama adalah pengesahan daripada masahif lain, atau sokongan masahif. Kaedah ini menolong kita mengesahkan apakah Kitab-kitab yang ada pada hari ini benar-benar mencerminkan isi-kandungan nas-nas (atau teks-teks) mereka yang asal.
Kategori kedua ialah sumber-sumber bertulis yang lain.Dalam bentuk ukiran, goresan, tulisan seperti prasasti dan sebagainya; yang dapat memberi penjelasan lanjut ke dalam abad atau zaman-zaman yang berkenaan.
Ketiga ialah maklumat dan data-data daripada kajibumi/kaji purbakala (arkeologi). Termasuk di dalam kategori ini ialah hasil daripada penggalian arkeologi yang menyokong kewujudan('keberadaan') sesuatu Kota lama/kuno pada zaman yang disebut-sebut di dalam teks yang tertentu. Atau tarikh lebih kurang bilamana kota itu telah dimusnahkan dsbnya.
Seterusnya dalam kertas ini saya akan memberikan contoh-contoh secara spesifik bagi setiap kategori diatas. Sememangnya ada banyak contoh-contoh yang boleh disediakan tetapi dihadkan oleh keperluan ruang.(1)
Sokongan daripada Masahif/Salinan Manuskrip-manuskrip
Memberi perhatian kepada nas al-Quran pula, saya kurang yakin kepada tuntutan para ulama' Muslim bahawa penghafalan al-Quran membukitkan kesahihannya. Tuntutan ini tidak membuktikan apa-apa kecuali bahawa kebanyakan orang Muslim hari ini membaca satu nas yang sama. Tetapi ini tidak mengambil kira situasi dan keadaan yang telah wujud pada abad ketujuh tahun Masehi, ataupun memberi apa-apa maklumat langsung bagi zaman itu.
Hadith-hadith sahih memaklumkan bahawa Abu Bakarlah yang mula-mulanya berusaha mengumpul semua teks/nas al-Quran kepada sebuah mushaf selepas kewafatan Nabi Muhammad. Ini dikatakan telah diberi kepada kalifah Umar dan lepas itu Siti Hafsah.Pada zaman kalifah Uthman pula, kita diberitahu bahawa para Muslim di Syam dan Iraq telah berganding untuk menakluki negeri Armenia dan Azerbaijan. Ketua angkatan perang yang bertugas telah berasa takut akan pertelagahan dan perselisihan di antara Muslim-muslim di Syam yang tidak menyetujui pembacaan al-Quran para Muslim di Iraq. Jadi dia menyeru kepada khalifah Uthman untuk menolongnya. Khalifah Uthman pula telah mengambil masahif yang dimiliki Hafsah dan keluar perintah supaya beberapa catitan-catitan dibuat daripada mushaf ini. Selepas itu kita diberitahu bahawa:
Uthman menghantar kepada setiap wilayah Muslim di zaman itu satu salinan Quran masing-masing. Dia perintahkan lagi supaya semua masahif dan bahan-bahan al-Quran yang lain dan yang masih wujud, walau dalam bentuk mushaf yang lengkap atau pun sebaliknya, untuk di bakar. (2)
Maklumat diatas mengesahkan kewujudan mashaf-mashaf yang berbedza-bedza dan berlainan pada masa itu. Kita mungkin tidak dapat menghitung secara tepat jumlah segala masahif yang telah dimusnahkan oleh Uthman, oleh kerana dalil-dalil yang berkenaan sudah pun dihapuskannya! Dalih yang dikemukakan para Muslim ialah - perbedaan-perbedaan yang wujud ialah perbedzaan dari segi kata-kata vokal sahaja tetapi bukan dari segi ejaan kosonan. TETAPI, mashaf-mashaf Quran yang paling awal sekali membuktikan kata-kata vokal sungguh JARANG sekali dipakai atau dituliskan kedalam mashaf tersebut. Pada hakikatnya tanda-tanda pemisah diantara konsonan-konsonan yang berbeza pun sungguh jarang diselitkan kedalam teks-teks Quran yang terawal!(3) Jadi, ketiadaan kata-kata vokal itu sudah tentu merupakan satu sifat begitu KETARA dan jelas dalam mashaf lama al-Quran.
Soalan yang seterusnya ialah : Dimanakah salinan-salinan yang telah diselaraskan oleh khalifah Uthman itu? Para Muslim lazimnya merujuk kepada dua buah mashaf 'lama', satu di Topkapi, Istanbul dan satu lagi di Tashkent Uzbekistan. Walau bagaimanapun kebanyakan para ilmuwan dan ahli sejarawan sudah mentarikhkan dokumen-dokumen ini tidak lebih awal daripada 900 tahun Masehi(4). Sebaliknya, ahli-ahli sejarawan (bukan Islam) lazimnya menganggap nashkah Quran yang paling awal ialah nashkah berhuruf al-Ma'il disimpan di Perpustakaan British, bertarikh 790 T.M.
Dewasa ini, ada pengkajian keatas mashaf-mashaf yang baru ditemui di Sana'a, negeri Yaman. Kajian ini menunjukkan bahawa ada banyak lagi pindaan-pindaan yang telah dibuat keatas nas al-Quran yang wujud bagi tujuan penyelarasan lagi, selepas zaman khalifah Uthman! Manuskrip-manuskrip ini bertarikh dari abad ke-8 T.M. dan amat berbedza dengan teks Quran yang dipakai hari ini! Terdapat bahagian-bahagian besar yang hilang dan digantikan dengan bahan yang amat lewat dari zaman berkenaan! Nas-nas yang dalam teks hari ini bermula dengan 'Qul..'('Kata' Allah kepada Nabi Muhammad) sebenarnya dinampakkan sebagai bermula dengan ungkapan-ungkapan : 'dia telah berkata...' atau 'mereka berkata...'. Ini menunjukkan kemungkinan besar 'kata-kata Allah' itu pada hakikatnya adalah penggantian daripada kata-kata manusia sezaman itu sebenarnya! Lebih daripada 1,000 variasi (penyelewengan drpd.teks asal) telah dijumpai dalam 83 Surah-surah yang pertama.(5)
Menumpukan perhatian kita kepada Al-Kitab/Injil pula, adakah apa-apa perbezaan di dalamnya? Mashaf-nashaf Kitab Suci Injil yang terawal bertarikh dari abad ke-4 tahun Masehi, yaitu Kodeks Sinaiticus di Perpustakaan British dan Kodeks Vaticanus di perpustakaan Vatican, Roma. Kodeks Papyri Chester Beatty pula bertarikh dari 200 T.M. dan mengandungi sebahagian besar Kitab Suci Injil. Masahif lengkap Perjanjian Lama (Taurat, Zabur dan Nabi-nabi) yang paling awal ialah mashaf Babylonicus Petropolitanus (1000 T.M.). Walau begitu ada juga wujud mashaf-mashaf Al-Kitab yang lebih awal, seperti Masahif Laut Mati (Dead Sea Scrolls).(6).
Terdapat satu cabang ilmu pengkajian dan kaedah penyelidikan dikalangan para ilmuan Nasrani Kristian yang digelar ilmu Sains Kritik Masahif. Pengkajian ini berupaya memastikan kesahihan sesuatu mashaf Kiatb Suci yang tertentu. Jadi apakah pula kata-putus tentang Kitab Suci Injil dan Al-Kitab ? Adakah ia boleh diyakini dan dipercayai pembaca-pembacanya? Apakah mana-mana ajaran Kristian didapati tercela akibat daripada ilmu Sains Kritik Masahif ini ? Jauh sekali! Tetapi sebab-sebab untuk variasi atau kurangnya jumlah masahif yang terawal seharusnya diselidiki dengan rapi.
Bagi Kitab Suci Injil sebab-sebabnya adalah munasabah. Papyrus yaitu sejenis kertas tulisan yang wujud pada abad pertama Tahun Masehi, didapati bereput dengan mudah. Sebagai contoh, ada tiga tokoh-tokoh dan para ilmuan mashyur dari zaman yang sama yaitu Tacitus, Kaisar dan Pliny yang telah menghasilkan rekod-rekod bertulis. Tulisan mereka mempunyai jurang masa antara 750-1,200 tahun di antara tarikh pencatatan dan mashafnya yang terawal(7). Hakikatnya ialah : terdapat sejumlah yang amat besar masahif awal catatan-catatan Kitab Suci Injil berbanding dengan mana-mana karya bertulis atau Kitab lama yang lain! Akibatnya situasi ini melahirkan komen daripada para ahli sejarawan seperti berikut :
Jika ada kecurigaan yang serius terhadap Kitab Suci Injil hari ini, keyakinan dan penerimaan segala karya-karya bertulis zaman kuno dahulu terpaksa diketepikan dan dicurigakan juga! Kerana hakikatnya ialah tidak ada mana-mana masahif lama dari zaman dahulu yang memiliki sokongan sejarah dan pengesahan bibliografik yang boleh berbanding dengan masahif Kitab Suci Injil.(8)
Tidak dapat satu pun pengajaran Nasrani Kristian (doktrin-doktrinnya) yang bergantung kepada mana-mana variasi yang dicurigakan secara sejarah atau pun Sains Kritik Masahif, juga ilmu Sains ini telah dapat memastikan pembacaan yang betul dan tepat pada semua kes-kes yang berkenaan.
Lagipun perlu diingati bahawa iman Nasrani pada mulanya telah mengalami ujian yang runcing dan berat dengan penganiyaan dan penindasan yang besar keatasnya. Pada 300 tahun pertamanya, umat Kristian Nasrani tidak mendapat perlindungan daripada mana-mana pihak, kecuali Allah Ta'ala dan juga terbuka kepada rampasan dan pemusnahan keatas koleksi Kitab-kitab suci mereka.
Sebaliknya dengan masahif al-Quran situasinya amat berbeda. Diantara abad-abad yang memisahkan Al-Masih 'Isa dengan Nabi Muhammad telah muncul penggunaan kertas kulit secara besar-besaran, bahan ini jauh lebih bertahan lasak daripada kertas papyrus. Koleksi-koleksi masahif teragung Kitab Suci Injil dalam abad ke-empat TM semuanya wujud dalam bentuk ini terdapat dalam keadaan yang tidak tercemar dan terpelihara sehingga hari ini. Adalah sungguh memalukan bagi umat Islam jika para ilmuan Islam tidak dapat mengemukakan mashaf-mashaf al-Quran dari zaman khalifah Uthman.
Kedua, teks al-Quran yang berbeda-beda sudahpun wujud dari mashaf-mashaf yang terawal. Masahif dari Sana'a Yaman yang disebut di atas mungkin adalah manuskrip yang terawal sekali, dan sumber Hadith sahih juga menunjukkan kalifah Uthman bin Affan bertemu dengan banyak sekali koleksi-koleksi Quran yang terpaksa dihapuskan! Hari ini kita mungkin tidak dapat melihat mashaf-mashaf yang telah dihapuskan olehnya. Keadaan ini langsung tidak sama bagi koleksi teks Kitab Suci Injil. Bagi al-Quran pula, perbedaan-perbedaan itu semua telah diselaraskan dalam satu langkah!
Ketiga, Islam telah merampas kuasa politik sehabis sahaja peristiwa Hijrah di tanah hijaz. Ini memastikan kelebihan bagi pengikut-pengikut Islam, yakni pemeliharaan berbagai-bagai masahif Quran yang telah wujud di zaman itu, keadaan ini amat berbeza di zaman pengikut Isa Al-Masih di mana mereka dianiaya dan ditindas oleh musuh-musuh yang seringkali merampas mashaf-mashaf Kitab Suci Injil yang dimiliki mereka.
Pengesahan Daripada Sumber-sumber Manuskrip Yang Lain
Pada hakikatnya, sumber maklumat yang terbesar tentang keadaan di tanah Arab pada zaman Muhammad berpunca daripada koleksi Hadith-hadith para Muslim. Walau pun begitu, hadith-hadith yang dianggap Sahih sahaja semuanya datang seawal-awalnya 200 tahun selepas Muhammad, sementara Sira Ibn Hisham hanya bertarikh dari abad ke-9 T.M. Walau pun para cendekia Islam selalu merujuk kepada 'rangkaian isnad hadis yang ada', tidak ada apa-apa kepastian langsung bagi para pengkaji-pengkaji menentukan jaminan sahihnya sesuatu rangkaian pelapur-pelapur 'hadis sahih' itu. Lebih-lebih lagi, tidak ada jaminan daripada mana-mana sumber-sumber hadith; biar daif ataupun sahih, bahawa bahan-bahan itu telah digubah pada satu masa yang lewat dari segi jangka masa. Juga, kekurangan koleksi masahif yang berkenaan (oleh sebab sudah dimusnahkan oleh kalifah Uthman) juga banyak melemahkan kesahihan bahan-bahan Hadith yang ada pada hari ini. Pada hakikatnya, hari ini ramai para ilmuan Islam juga telah membantah penggunaan al-Hadith sebagai satu sumber yang diyakini, seperti Dr.Kassim Ahmad (Malaysia) dan Dr.Rashad Khalifa (USA) dan telah menyokong pendirian mereka dengan karya-karya mereka (9).
Kita boleh merujuk kepada sumber-sumber lain yang wujud.Didapati bahawa teks-teks yang boleh diharapkan telah diselidik oleh Dr.Yehuda Nevo daripada Hebrew University (10). Prasasti-prasasti dan ukiran-ukiran batu dalam bahasa Arab yang terdapat di padang pasir Negev bertarikh daripada abad ke-7 dan ke-8 T.M. Ada bukti yang terkesan daripada bahan-bahan ini kewujudan suatu agama yang mengamali syahadat tauhid, tetapi bukan secara Islam. Tidak terdapat apa-apa bahan yang menyebut tentang Nabi Muhammad sehingga 691 T.M.pula. Sebenarnya, tidak dapat apa-apa pengesahan langsung menegenai kerasulan Muhammad sebagai satu Nabi di mana-mana sebelum tahun 691 T.M. Hanya pada tahun itu sahaja gelaran ini mulanya dijumpai pada duit-duit syiling dan juga pada tembuk Masjid al-Aqsa di Baitul Muqqadis(11). Hakikat ini banyak lagi melemahkan landasan lazim Islam. Apabila kita meninggalkan rujukan daripada al-Hadis dan tumpukan kaji-selidik kita kepada dalil-dalil berkaitan dengan pertumbuhan al-Quran serta gerak-geri dan kehidupan Nabi Muhammad yang telah muncul dewasa ini, hakikat bukti-bukti yang timbul kebanykannya tidak memihak kepada rekod-rekod para Muslim tradisional seperti Hadis dan sebagainya, malah terdapat juga bukti-bukti baru yang menunjukkan percanggahan dan pertentangan dengan rekod-rekod tersebut!
Dalam kes Al-Kitab dan Injil pula, wujudnya banyak dalil dewasa ini dan semasa yang menyokong kesahihannya. Tulisan-tulisan Bapa-bapa Gereja ('church Fathers') mengandungi nas Kitab Suci Injil yang PENUH (kecuali 11 baris). Bukti-bukti yang ada menunjukkan teks ini sudah pun wujud sebelum bersidangnya Majlis Nicea pada 325 T.M.(12) Terdapa juga rekod-rekod daripada tokoh-tokoh dan ahli sejarawan (bukan Nasrani) seperti Tacitus, Lucian dan Josephus dari abad pertama dan kedua T.M. yang merujuk kepada,diantara lain, peristiwa Penyaliban Al-Masih 'Isa.(13)
Terdapat sangat banyak bahan masahif hari ini yang membuktikan kesahihan peristiwa-peristiwa yang tercatit di dalam Al-Kitab dan Injil. Dalam Muzium British sendiri dipaparkan banyak sekali pamiran-pamiran kuno yang berkaitan secara langsung dengan umat-umat dan peristiwa yang disebut oleh Al-Kitab dan Injil. Misalnya, terdapat prasasti hitam (obelis) bersurat Shalmaneser III yang menggambarkan Jehu, seorang Raja Bani Israel. Ada juga ukiran-ukiran dari tembok instana raja Sennacherib di Nineveh yang menceritakan tentang penaklukan beliau keatas keturunan umat Yahuda (Judah) pada tahun 701 Sebelum Masehi (S.M.)(14). Bahan-bahan ini mengandungi tanda-tanda bakar daripada api pembakaran yang telah memusnahkan Kota Niniveh sepertimana telah dinubuat oleh Nabi Nahum.(15). Mungkin dalil yang memuaskan sekali ialah dua prasasti berkaitan raja Nabonidus, Raja terakhir empayar pra-Babylon. Daniel menyatakan bahawa raja Belshazzar memerintah diatas takhta wilayahanya apablia tentera Mede dan Parsi telah menyerangnya.(16). Tetapi rekod-rekod lain menyebut bahawa Nabonidus adalah Raja terakhir. Lebih lagi Herodotus, seorang lagi tokoh dan karyawan yang bertulis pada abad ke-5 S.M.tidak menyebut tentang raja Belshazzar. Ramai pengkritik Al-Kitab telah buat tuntutan kononnya Buku Daniel dalam Al-Kitab adalah satu pemalsuan dan buta kepada hakikat sejarah. Walau bagaimanapun, prasasti yang pertama adalah satu doa raja Nabonidus bagi puteranya, Belshazzar. Prasasti yang kedua memberi keterangan bahawa Nabonidus telah menghabiskan pemerintahan beliau di kota Tema, tanah Arab. Inilah keterangannya yang memberi penjelasan bagaimana raja Belshazzar memerintah di empayarnya, dan hanya dapat menganugerah nabi Daniel kepada kedudukan pangkat yang ketiga tertinggi dalam kerajaannya-hakikat sejarah ini adalah satu pengesahan dramatik dan sokongan kukuh bagi kesahihan dan kebenaran Al-Kitab.
Maklumat Kaji Purbakala yang Lain
Malangnya, kini tidak ada apa-apa pengkajian atau penggalian purbakala yang diadakan di Makkah mahupun di kota Madinah. Di luar tanah Arab pula terdapat kewujudan Masjid-masjid yang terawal yang herannya tidak berkiblat menghala kearah Kota Makkah seperti yang akan lazim dijangkakan.(17,18). Sebab-sebab yang telah ajukan ialah: umat Islam di abad ke-7 T.M. tidak tahu, atau kurang pasti menentukan arah Kiblat mereka itu adalah dalih yang begitu lemah sekali! Masakan perkara ini akan menjadi satu masalah kepada umat Islam Arab yang mempunyai ramai ahli-ahli ilmu Falak (astronomi) dan tidak kurang juga ahli-ahli matematik di kalangan mereka untuk membetulkan kesilapan arah Kiblat bagi mereka! Hakikat ini menimbulkan tanda-tanya yang besar dan serius keatas tarikh sebenar bila al-Quran dikitabkan.
Sebaliknya, dalil-dalil bagi Kitab Suci Injil jauh lebih kukuh! Kerja-kerja penggalian di Kota Baitul Muqqadis dewasa ini telah menemukan batu-batan kaki lima yang dijalani Al-Masih 'Isa sendiri sambil baginda berjalan memasuki Bait Suci di Kota Baitul Muqqadis! Juga, pada suatu masa dahulu ahli-ahli sejarawan telah menganggap kota Ur, yaitu kampung halaman nenek moyang Nabi Ibrahim sebagai satu cerita dongeng dan mitos! Akan tetapi kota Ur ini telah dikaji-gali dengan jayanya pada tahun 1920-an dan banyak barang peninggalan dan bahan-bahan hasil penggalian tersebut dipamirkan secara terbuka di Muzium British di kota London dari ini.
Maklumat dan data-data yang dapat dikesan sehingga zaman pemerintahan kerajaan bersatu Israel sudah pun dikenali selama ini, tetapi menjadi lebih rumit dan sulit pabila pengkaji-pengkaji cuba memperolehi data-data tentang zaman yang lebih awal daripada itu. Walau bagaimanapun dewasa ini penyelidikan dan kajian yang dilakukan oleh seorang bangsa British, En.David Rohl yaitu juga seorang pakar kaji purbakala sejarah Mesir, telah banyak menerangi bidang yang agak 'gelap' ini dengan pelita penyelidikan dan kajian-kajiannya. Setelah beliau selaraskan kebanyakan salasilah dalam sejarah kuno Mesir-yang tentukan kebanyakan tarikh-tarikh utama dalam sejarah kawasan Timur-tengah -pakar Dr.Rohl ini telah memperolehi banyak bukti tentang masa usiran Yahudi (Hebrew exile) di negeri Mesir dan juga rekod-rekod mengenai penawanan tanah Kanaan. Pengkajian dan buku-buku David Rohl ini mempunyai masa depan yang amat cerah dalam bidang pengkajian ini.(19).
Kesimpulan
Seperti yang telah terhurai di atas, tafsiran kita mengenai hal-hal keagamaan kita senang sekali dipengaruhi oleh prasangka dan salah-tanggapan. Walaupun begitu. kebenarannya sememangnya wujud di luar sana. Marilah kita menggulung kajian kita dengan meninjau ketiga-tiga kategori dalil-dalil di atas sekali lagi.
Tentang mekwujudan Masahif yang lama, Al-Kitab merupakan kekurangan mashaf-mashaf asalnya tetapi memiliki banyak teks variasi sebagai satu 'sumber alternatif/kedua'. Tetapi dengan menyelidikinya secara lebih teliti, terdapat banyak sebab-sebab yang wajar yang mengesahkan keadaan tersebut dan didapati Kitab Suci Injil mempunyai keyakinan yang terbaik sekali di antara kitab-kitab kuno yang lain. Ia 'lulus ujian-ujian runcing' yang diadakan oleh Sains Kritik Masahif keatasnya.
Al-Quran, sebaliknya, pada mulanya merupakan tidak tercela, dengan ahli-ahli penghafalnya dan juga Hadis-hadis yang cuba berkesan kata-kata Nabi sehingga ke puncanya. Akan tetapi, apabila fenomena ini diselidiki dengan lebih dekat dan runcing lagi adalah didapati bahawa penghafalan itu sebenarnya tidak relevan dan tidak dapat memastikan kesahihan mana-mana nas al-Quran kerana terdapat kewujudan bukti-bukti kukuh adanya teks-teks, koleksi-koleksi dan masahif yang berbedza-bedza dan juga bertentangan secara ketara di zaman Islam yang terawal. Lagipun proses selarasan al-Quran telah diadakan oleh tangan manusia. Sememangnya mashaf-mashaf yang telah muncul di Yaman membuktikan kewujudan nas-nas Quran yang masih berbeda-beda pada masa yang lebih lewat lagi! Juga, perubahan dalam kaedah penulisan (selitan kata2 vokal) dan dalam bahan tulisan (papyrus, keping-keping kayu, tulang bahu binatang, kertas kulit, dll.) serta pencubaan kalifah selaraskan teks Quran melemahkan dan memudaratkan lagi posisi dan keberkeyakinan teks Quran yang ada hari ini.
Dari segi kaedah dokumentasi semasa pula, teks Kitab Suci Injil khususnya memiliki sokongan dalil-dalil yang kukuh daripada rekod dan mashaf-mashaf peninggalan Bapa-bapa Gereja, dan perkara-perkara sejarahnya diperjelaskan dan disahkan oleh sumber-sumber sejarah bebas yang lain. Disini pula, Al-Quran rupa-rupnya mempunyai sokongan daripada kelompok penghafal-penghafalnya, AKAN TETAPI ini sesungguhnya adalah dalil 'lapuk' yakni sudah terbukti ketinggalan zaman dan dengan mudah boleh curigai keyakinannya. Sumber-sumber dalil di luar Islam pula adalah jauh lebih dekat kepada peristiwa peristiwa utama yang telah berlaku dari segi jangka masa. Tetapi sumber-sumber ini menggambarkan keadaan yang amat berlainan daripada apa yang diceritakan oleh sumber tradisional Islam, lebih-lebih lagi ada juga yang bertentangan dengannya!
Akihrnya, dari segi arkeologi dan sains kaji purbakala, Al-Kitab mempunyai jauh lebih banyak dan berjenis-jenis bukti dan dalil-dalil yang memberi sokongan mereka kepada kesahihannya. Sebaliknya, tidak dapat banyak dalil-dalil seperti ini yang menyokong kesahihan dan keberkeyakinan al-Quran. Lebih pelik lagi adalah pengkajian purbakala ini menimbulkan banyak kecurigaan dan tanda-tanya keatas ketepatan cerita-cerita dalam al-Quran, contohnya soalan arah kiblat-kiblat masjid terawal yang berlainan.
Jadi, kesimpulannya adalah mudah sekali. Al-Kitab dan Injil mempunyai lebih banyak sokongan dan pengesahan daripada sumber-sumber sejarah berbanding dengan Al-Quran. Kitab Suci Injil sudah jelasnya adalah satu rekod yang lebih berwibawa dan berkeyakinan tentang kerja Tuhan Allah yang melibatkan DiriNya dalam sejarah Manusia, jauh lebih daripada mana-mana rekod atau pun Kitab suci yang lain.
Bahan-bahan Rujukan :
Consult Smith J. The Bible and Qur'an for a fuller treatment, at http://debate.org.uk
Sahih Bukhari, vol 6, no 510, pp 478-80
See for instance the Ma'il Qur'an displayed at the British Library
A much fuller account is given in Gilchrist J. Jam' Al-Qur'an. Benoni. Jesus to the Muslims, 1989.
Research by Dr Gerd Puin et al of Saarbrucken University. Published in German
McDowell J. Evidence that Demands a Verdict, vol 1. San Bernadino. Campus Crusade for Christ, 1972 Pp49,59.
McDowell J. Op cit. pp 47,48.
Montgomery JW. History and Christianity. Downers Grove. IVP, 1971. p29
Hadis: Satu Penilaian Semula (1986), Hadis-Jawapan Kepada Pengkritik (1992) oleh Kassim Ahmad.Website tentang Rashad Khalifa di http://www.submission.org
Nevo YD. Towards a Prehistory of Islam. Jerusalem Studies in Arabic and Islam. 1994;17:108-141
Taken from The Bible and the Qur'an by Jay Smith. June 1998, pp27,28
McDowell J. Op Cit. pp 53-5
McDowell J. Evidence that Demands a Verdict. San Bernardino. Campus Crusade for Christ, 1972.pp84-88.
2 Kings18&19; 2Chronicles 32; Isaiah 36&37
Nahum 3:13,15
Daniel 5
Cresswell KAC. Early Muslim Architecture. vol 1 part 1. Oxford, 1969. pp137ff
Cresswell KAC. A Short Account of Early Muslim Architecture. Rev. by Allan JW. Aldershot. Scholar Press, 1989. p41
Rohl D. A Test of Time - Pharaohs and Kings. London. Century, 1995